Khamis, 15 Mac 2012

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

1
PENDAHULUAN
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap
murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam
menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai
oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan,
kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan
asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan
bimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu
‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dan
keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke
dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan
berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas
keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai citacita
yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha
dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas
tamadun masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu,
amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata
pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah
pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,
berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr

2
soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang
berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak
mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi
hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke
arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah,
murid dapat :
1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma
dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat
membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk
bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari
dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-
Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan
sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain
serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan
kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah
Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan
tamadun manusia.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr 3
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai
akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya
sebagai warisan budaya bangsa.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan
kepada empat bidang iaitu :-
1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul
dan fasih.
1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada
juzu’ ‘Amma (juzu’ 30) dan menghayati pengajarannya.
2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.
Bidang ini memberi tumpuan untuk :-
2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan
tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya.
2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah
Rasulullah s.a.w.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
4
2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi
tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim
dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah
s.a.w.
3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara
perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga,
alam sekitar, masyarakat dan negara.
4. Bidang Pelajaran Jawi.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.
4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.
Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di atas hendaklah diambil
kira semasa menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan
melaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran;
Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar
khusus dalam Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini
berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu
bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan negara
berteraskan 4 nilai utama Syaja‘ah, ‘Iffah, ‘Adalah dan Hikmah
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr 5
yang akhirnya membina pelajar beradab dan menghayati nilainilai
akhlak.

Kesemua bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yang
dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t.
Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan
kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan
peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah.
Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah
Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para
sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber daripada ilmuilmu
lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh
dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di
dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang
telah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat
diteruskan ke peringkat menengah.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr 6

1. Asuhan Tilawah al-Quran.
1.1. Bacaan :-
1.1.1. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal,
bersambung dan berbaris fathah, kasrah,
dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.
1.1.2. Membaca kalimah dan potongan ayat.
1.1.3. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek
pelbagai baris.
1.1.4. Membaca surah-surah berikut dengan betul
dan fasih :-
a. Surah al-Fatihah.
b. Surah al-Nas.
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Masad.
f. Surah al- Nasr.
g. Surah al-Kafirun.
h. Surah al-Kauthar.
i. Surah al-Ma‘un.
j. Surah Quraisy.
k. Surah al-Fil.
l. Surah al-Humazah.
m. Surah al-‘Asr.
n. Surah al-Takathur.
o. Surah al-Qari‘ah.
p. Surah al-‘Adiyat.
q. Surah al-Zalzalah.
r. Surah al-Baiyyinah.
s. Surah al-Qadr.
t. Surah al-‘Alaq.
u. Surah al-Tin.
v. Surah al-Syarh.
w. Surah al-Dhuha.
x. Surah al-Lail.
y. Surah al-Syams.
z. Surah al-Balad.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr 7
aa. Surah al-Fajr.
bb. Surah al-Ghasyiyah.
cc. Surah al-A‘la.
dd. Surah al-Tariq .
1.1.5. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah
tertentu yang mengandungi tanda
bacaan mad dan waqaf.
1.1.6. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi
bacaan nun sakinah dan tanwin.
1.1.7. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah
tertentu yang mengandungi mim
syaddah, nun syaddah dan mim sakinah.
1.1.8. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah
tertentu yang mengandungi bacaan
qalqalah.
1.2. Hafazan :-
1.2.1. Menghafaz surah-surah berikut :-
a. Surah al-Fatihah.
b. Surah al-Nas.
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Kafirun.
f. Surah al-Kauthar.
g. Surah al-Ma‘un.
h. Surah Quraisy.
i. Surah al-Fil.
j. Surah al-Humazah.
k. Surah al-‘Asr.
l. Surah al-Takathur.
m. Surah al-Qari‘ah.
n. Surah al-‘Adiyat.
o. Surah al-Zalzalah.
p. Surah al-Bayyinah.
q. Surah al-Qadr.
r. Surah al-‘Alaq.
s. Surah al-Tin.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr 8

t. Surah al-Syarh.
u. Surah al-Dhuha.
1.3. Kefahaman :-
1.3.1. Pengertian al-Quran.
1.3.2. Kelebihan membaca al-Quran.
1.3.3. Sejarah ringkas al-Quran.
1.3.4. Memahami surah-surah berikut secara umum:
a. Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7.
b. Surah al-Nas ayat 1 hingga 6.
c. Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Kauthar.
f. Surah al-Ma‘un ayat 1 hingga 7.
g. Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.
h. Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11.
2. Asas ‘Ulum Syar‘iyah.
2.1. Akidah :-
2.1.1 Pengertian Rukun Iman.
2.1.2 Beriman kepada Allah.
2.1.3 Beriman kepada Malaikat.
2.1.4 Beriman kepada Rasul.
2.1.5 Beriman kepada Kitab-kitab.
2.1.6 Beriman kepada Hari Akhirat.
2.1.7 Beriman kepada Qada’ dan Qadar.
2.1.8 Pengertian Rukun Islam :-
a. Mengucapkan Dua
Kalimah Syahadah.
b. Menunaikan solat
fardu.
c. Berpuasa di bulan
Ramadan.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
9
d. Mengeluarkan
zakat.
e. Mengerjakan haji.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
10
2.1.9 Allah bersifat :-
a. Wujud.
b. Qidam.
c. Baqa’.
d. Mukhalafatuhu lil
hawadith.
e. Qiamuhu bi nafsih.
f. Wahdaniah.
g. Qudrat.
h. Iradah.
i. Ilmu.
j. Hayat.
k. Sama‘.
l. Basar.
m. Kalam.
2.1.10 Nama-nama Allah (Al-Asma’ al-Husna) yang
berikut :-
a. Al-Rahman.
b. Al-Rahim.
c. Al-‘Afuw.
d. Al-Ghafur.
e. Al-‘Adl.
f. Al-Shakur.
g. Al-Salam .
h. Al-Hadi.
i. Al-Sabur.
j. Al-Hakim.
k. Al-Hasib.
l. Zu al-Jalali wa al-
Ikram.
2.1.11 Pengertian Dosa dan pahala.
2.1.12 Pengertian dosa kecil dan dosa besar.
2.1.13 Pengertian syirik.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
11
2.1.14 Sam‘iyyat :-
a. Pengertian.
b. Perkara-perkara
sam‘iyyat.
2.2. Ibadah :-
2.2.1. Konsep ibadah :-
a. Pengertian.
b. Jenis-jenis ibadah.
c. Fardu ‘Ain dan
Fardu Kifayah.
d. Jenis-jenis
hukum(Wajib,
Sunat, Makruh,
Haram dan Harus).
2.2.2. Bersuci :-
a. Pengertian.
b. Tanggungjawab
bersuci.
c. Istinja’.
d. Bersuci daripada
najis:-
i) Ringan
ii) Sederhana
iii) Berat
e. Bersuci daripada
hadas :-
i) Hadas kecil.
ii) Hadas besar.
f. Tayammum :-
i) Tatacara
tayammu
m.
ii) Syaratsyarat
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
12
tayammu
m.
iii) Perkara
yang
membatal
kan
tayammu
m.
2.2.3. Solat :-
a. Pengertian.
b. Solat fardu.
c. Bacaan-bacaan
dalam solat serta
terjemahannya :-
i) Takbiratul
Ihram.
ii) Surah al-
Fatihah.
iii) Doa
Iftitah.
iv) Ketika
ruku’.
v) Ketika
iktidal.
vi) Ketika
sujud.
vii) Duduk
antara dua
sujud.
viii) Tahiyyat
awal dan
akhir.
ix) Doa
qunut.
d. Perlakuan solat
(rukun fi‘li) dan
hikmah-hikmahnya.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
13
e. Perkara-perkara
yang membatalkan
solat.
f. Rukun-rukun.
g. Syarat-syarat wajib.
h. Syarat-syarat sah.
i. Sunat ab‘adh dan
hai’ah.
2.2.4. Azan dan iqamah.
2.2.5. Solat berjemaah.
2.2.6. Solat Jumaat.
2.2.7. Ibadah puasa Ramadan :-
a. Konsep puasa.
b. Syarat-syarat wajib.
c. Rukun-rukun.
d. Syarat-syarat sah.
e. Perkara-perkara
yang membatalkan
puasa.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
14
2.2.8. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
2.2.9. Solat jenazah.
2.3. Sirah :-
2.3.1. Tanda-tanda kenabian.
2.3.2. Salasilah keturunan Nabi.
2.3.3. Penyusuan dan pemeliharaan
Nabi.
2.3.4. Nabi dibesarkan di kampung
dan terdidik dengan nilai-nilai
murni masyarakat desa.
2.3.5. Kematian bapa dan ibu Nabi.
2.3.6. Kematian datuk Nabi.
2.3.7. Pemeliharaan Nabi oleh bapa
saudaranya.
2.3.8. Pekerjaan Nabi :-
a. Semasa kecil
membantu bapa
saudara berniaga.
b. Semasa dewasa
menternak kambing
dan berniaga.
2.3.9. Perkahwinan nabi.
2.3.10. Peristiwa Hajar al-Aswad.
2.3.11. Peristiwa di Gua Hira’.
2.3.12. Mukjizat al-Quran.
2.3.13. Dakwah Rasulullah s.a.w.
secara sulit dan secara
terang.
2.3.14. Hijrah ke Habsyah.
2.3.15. Pembesar di Mekah
menerima seruan Rasulullah
s.a.w.
2.3.16. Tentangan terhadap
Rasulullah s.a.w.
2.3.17. Isra’ dan Mikraj.
2.3.18. Perjanjian ‘Aqabah.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
15
2.3.19. Hijrah ke Madinah.
2.3.20. Pembinaan Masjid pertama.
2.3.21. Persaudaraan antara
Muhajirin dan Ansar.
2.3.22. Pembentukan negara
Madinah.
2.3.23. Mempertahankan Madinah.
2.3.24. Piagam Madinah.
2.3.25. Perjanjian Hudaibiah.
2.3.26. Pembukaan Kota Mekah.
2.3.27. Perkembangan Islam pada
zaman Rasulullah s.a.w..
2.3.28. Haji Wida‘.
2.3.29. Kewafatan Rasulullah s.a.w.
3. Adab dan Akhlak Islamiah.
3.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :-
3.1.1. Adab makan dan minum.
3.1.2. Adab qada’ hajat.
3.1.3. Adab tidur dan bangun tidur.
3.1.4. Adab mandi dan bersugi.
3.1.5. Adab berwuduk.
3.1.6. Adab berpakaian.
3.1.7. Adab berkenderaan.
3.1.8. Adab masuk dan keluar
rumah.
3.1.9. Adab menghidang makanan
dan minuman.
3.1.10. Adab berjalan.
3.1.11. Adab bertanya.
3.1.12. Adab mengurus diri.
3.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :-
3.2.1. Adab bercakap dengan ibu
bapa.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
16
3.2.2. Adab menolong ibu bapa.
3.2.3. Adab bergaul dengan
keluarga
3.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-
3.3.1. Adab bergaul dengan rakan.
3.3.2. Adab di masjid dan surau.
3.3.3. Adab bercakap dengan rakan.
3.3.4. Adab melayan tetamu.
3.3.5. Adab menziarahi orang sakit.
3.3.6. Adab menziarah rakan.
3.3.7. Adab menziarah orang tua.
3.3.8. Adab dengan orang tua.
3.3.9. Adab menziarahi jenazah dan
kubur.
3.3.10. Adab makan di majlis
keramaian.
3.3.11. Adab berjiran.
3.3.12. Adab berkumpul.
3.3.13. Adab berjual beli.
3.3.14. Adab bekerja.
3.3.15. Adab menziarah jiran.
3.3.16. Adab ketika bermain.
3.3.17. Adab terhadap tempat dan
harta benda awam.
3.3.18. Adab kecintaan kepada
negara.
3.3.19. Menjaga kebersihan sungai
dan alam sekitar.
3.3.20. Adab rehlah.
3.3.21. Adab dengan manusia dan
makhluk lain.
3.3.22. Adab dengan pemimpin.
3.4. Adab Menuntut Ilmu :-
3.4.1. Adab bercakap dengan guru.
3.4.2. Adab ke sekolah.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
17
3.4.3. Adab belajar.
3.4.4. Adab semasa di sekolah.
3.4.5. Adab berhujah.
3.4.6. Adab menolong guru.
3.4.7. Adab menjaga harta benda
sekolah.
3.4.8. Adab menjaga kebersihan
sekolah.
3.5. Adab Dengan al-Quran :-
3.5.1. Adab membawa dan
menyimpan al-Quran.
3.5.2. Adab membaca al-Quran.
4. Pelajaran Jawi.
4.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi
tunggal.
4.2 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi
sambung.
4.3 Mengenal membaca dan menulis suku kata
terbuka.
4.4 Mengenal membaca dan menulis suku kata
tertutup.
4.5 Membaca dan menulis rangkai kata dan
ayat.
4.6 Mengenal, membaca dan menulis perkataan
pinjaman.
4.7 Mengenal, membaca dan menulis perkataan
berimbuhan dan ayat pendek.
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
18
4.8 Menggunakan tanda baca.
4.9 Membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
4.10 Menulis pelbagai jenis teks.
4.11 Mengenal dan menulis khat nasakh dan
rik‘ah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan